ALOR GAJAH: Siasatan menyeluruh akan dijalankan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke atas helikopter Super Lynx yang terlibat dalam insiden pendaratan cemas di Pantai Klebang dekat Encore Rabu lalu. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, siasatan berkaitan insiden itu akan dijalankan Jawatankuasa Teknikal TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah ditubuhkan. Menurutnya, siasatan rapi itu adalah bagi mengenal pasti punca insiden tersebut hingga menyebabkan empat kru mengalami kecederaan manakala…










