SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker menegaskan tidak timbul sebarang isu mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan. Ia susulan peletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri ini baru-baru ini. Beliau yang juga Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan menyifatkan kedudukan tersebut tidak berbangkit apatah lagi tiada persidangan DUN yang terdekat pada…










