Ahmad Samsuri tidak bercita-cita jadi PM

Ahmad Samsuri tidak bercita-cita jadi PM

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan bahawa beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membuat penafian itu selepas ditanya sama ada beliau juga seperti sebahagian ahli politik lain yang mempunyai cita-cita untuk menjawat jawatan tersebut.

Of course (sudah tentu) saya tidak. Saya anggap bukan saya sahaja tetapi orang lain juga, masing-masing mempunyai kelayakan (dan) perlu ada sumbangan masing-masing.

“Kalau sampai waktunya kita diberi amanah untuk menjadi apa jua, saya rasa setiap dari kita perlu laksanakan dengan terbaik,” katanya menerusi rancangan audiosiar yang dikendalikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ahmad Samsuri yang merupakan Menteri Besar Terengganu dilantik sebagai nakhoda PN bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan Pengerusi sebelum ini.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, pemusatan kuasa yang terlalu besar tidak ‘sihat’ untuk negara yang sedang berada dalam fasa pembangunan.

“Masa kita hadap komunis dulu, kita perlukan pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri yang besar supaya dapat mengawal semua instrumen tetapi selepas zaman itu, kita berdepan dengan cabaran yang berbeza (maka) check and balance perlu dalam level yang lebih tinggi.

“Ini supaya tidak berlaku pemusatan kuasa sebab pemusatan kuasa yang terlalu besar boleh mengundang kepada pelbagai salah guna kuasa dan macam-macam perkara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, PN sedia untuk pertimbang untuk menyokong Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Perjanjian Tarif Timbal Balik (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, katanya, bekas Menteri Ekonomi itu perlu menghantar surat terlebih dahulu seperti mana dimaklumkan bahawa beliau akan menghantar surat kepada seluruh ahli Parlimen sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkang.

“Surat itu kena hantar dulu, kita kena duduk dan tengok apakah rangka kerja yang dicadangkan itu, jadi prior to that, saya tidak boleh jawab lagi. We need to see everything on the table dan selepas itu kita boleh buat keputusan.

“Secara umumnya, saya percaya PN akan bergerak ke arah mencari yang lebih baik untuk Malaysia. Itu komitmen yang kami nak berikan dengan pelbagai cara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN