KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen kerajaan mempersoalkan keberkesanan usaha memerangi rasuah secara menyeluruh apabila terdapat golongan pemimpin tertentu yang didakwa menerima ‘diskaun’ hukuman meskipun telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, seruan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk memerangi rasuah merupakan satu peringatan yang tepat dan wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak. “Tuanku menyatakan amalan rasuah perlu diperangi secara besar-besaran dan ini adalah seruan yang betul…










