Rasuah: Pegawai kerajaan negeri antara empat ditahan SPRM

Rasuah: Pegawai kerajaan negeri antara empat ditahan SPRM

EMPAT individu dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi permohonan reman terhadap mereka bagi siasatan kes rasuah membabitkan jumlah sebanyak RM580,000
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat individu termasuk tiga pegawai sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM580,000 daripada sebuah syarikat jururunding bagi kelengkapan kawalan pencemaran.

Penahanan kesemua suspek lelaki yang berusia lingkungan 30 hingga 50-an dilakukan di sekitar Negeri Sembilan dalam Op Mickey kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 hingga 2025 sebagai balasan menyalurkan maklumat berkaitan syarikat-syarikat yang berdepan masalah pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste).

“Suspek disyaki menerima wang rasuah secara berperingkat, iaitu satu transaksi pada tahun 2020 melibatkan jumlah kira-kira RM180,000.

“‘Manakala dua lagi transaksi masing-masing berjumlah kira-kira RM200,000 dilakukan pada Januari dan Februari 2022,”katanya di sini hari ini.

Kata sumber, kesemua wang tersebut diperoleh melalui transaksi pindahan ke akaun bank salah seorang suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, perintah  reman selama lima hari sehingga 24 Januari telah dikeluarkan Majistret Nurul Farha Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, pagi tadi. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×