PETALING JAYA: Satu sindiket aktif memproses dan membungkus air ketum di sebuah premis kediaman di Rawang, Selangor ditumpaskan apabila enam individu ditahan pada 22 Januari lalu. Kesemua suspek terdiri seorang lelaki tempatan, serta tiga lelaki dan dua perempuan warga asing berusia antara 21 hingga 38 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah, Gombak. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Polis, Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata,…









