PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 16 notis kompaun terhadap lima kontraktor pembinaan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Operasi Korekan Jalan Awam Siri 1/2026. Operasi berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melibatkan Jalan Kuchai Maju, Jalan Klang Lama, Jalan Puchong, Jalan Desa, Jalan Bangsar, Persiaran Sultan Salahuddin dan Jalan Maharajalela. “Pemantauan dan pemeriksaan dijalankan terhadap kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan oleh kontraktor…










