Dasar kerajaan tidak boleh dibuat tanpa persetujuan UMNO

Dasar kerajaan tidak boleh dibuat tanpa persetujuan UMNO

MOHAMAD Hasan memberikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua dasar dan polisi Kerajaan Perpaduan tidak akan dapat dilaksana tanpa persetujuan daripada UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pendirian parti itu adalah tegas terutama apabila menyentuh garisan merah tentang bangs, agama dan Raja-Raja Melayu.

“Kita bukan bersama untuk bergabung dengan sesiapa. Kita ada perjanjian sebelum kita bersetuju untuk kita menubuhkan kerajaan. Ada garis-garis merah yang perlu kita hormati bersama.

“Walaupun UMNO berada dalam kerajaan, jangan ambil mudah keberadaan kita. Jika garis-garis merah ini dilangkaui, sama ada kita dalam Kabinet atau tidak, UMNO akan memikirkan semula kedudukan kita dalam kerajaan,” katanya pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini semalam.

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, keputusan parti itu untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan merupakan strategi bagi mengelakkan berulangnya ‘Pakatan Harapan 1.0’.

Menurutnya, sesetengah pi­hak tidak berpuas hati apabila Umno berada dalam kerajaan dan cuba menekan parti itu supaya keluar daripada kerajaan.

“Ada pihak yang rasa amat sakit hati, merasakan keberadaan UMNO dalam kerajaan hari ni adalah duri dalam daging kepada mereka.

“Jadi berbagai usaha dibuat untuk memarahkan, menaikkan emosi kita dengan harapan, ye la kadang-kadang orang UMNO ni cepat marah, cepat melen-ting, orang Melayu ini amarah, melenting dengan harapan besar supaya buat begitu UMNO akan meninggalkan kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN