PETALING JAYA: Mana-mana pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didapati terlibat dengan dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral dalam kem akan berdepan tindakan tegas termasuk diberhentikan daripada perkhidmatan. Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan tiada kompromi terhadap isu melibatkan integriti pegawai dan anggota TUDM. “Saya selaku Panglima Tentera Udara dan pimpinan berasa kesal dan tidak…










