KANGAR: Kegagalan pemimpin-pemimpin Pas melaksanakan tanggungjawab dengan baik menjadi punca utama tercetusnya kemelut politik di Perlis termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar. Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Ahmad Adnan Fadzil mendedahkan, kegagalan berunding secara berkesan dengan istana bagi pihak Pas, setelah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail memaklumkan hasrat untuk menukar Menteri Besar, akhirnya menyebabkan Raja Perlis terpaksa bertindak menggunakan budi bicara baginda sepenuhnya. Beliau juga kekal dengan pendirian bahawa…










