KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Panglima-Panglima memohon agar semua pihak memberi ruang yang sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memperbetulkan keadaan melalui mekanisme dan proses yang telah ditetapkan, tanpa sebarang tekanan atau spekulasi yang boleh menjejaskan ketelusan usaha berkenaan. Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang melaksanakan langkah rombak dan rawat serta penambahbaikan berkaitan tatakelola pengurusan dan pentadbiran secara teratur, berfakta…










