Iran dakwa pesawat pengisi minyak AS ditembak jatuh di Iraq

Iran dakwa pesawat pengisi minyak AS ditembak jatuh di Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Iran mendakwa sebuah pesawat pengisi minyak milik tentera Amerika Syarikat (AS) ditembak jatuh di barat Iraq sehingga menyebabkan semua kru di dalamnya terbunuh.

Menurut laporan Agensi Anadolu, televisyen kerajaan Iran yang memetik jurucakap ibu pejabat tentera Khatam al-Anbiya yang bersekutu dengan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) berkata pesawat tersebut terkena peluru berpandu yang dilancarkan oleh kumpulan yang digelar sebagai “paksi penentangan”.

Serangan itu didakwa menyebabkan pesawat berkenaan terhempas, sekali gus mengorbankan semua anak kapal di dalamnya.

Jurucakap berkenaan turut mendakwa pesawat tersebut milik tentera AS yang terlibat dalam operasi ketenteraan di rantau berkenaan.

Sementara itu, laporan terbaharu oleh AFP dari Washington memaklumkan sebuah pesawat pengisian minyak udara jenis Boeing KC-135 Stratotanker dilaporkan terhempas di barat Iraq, manakala sebuah lagi pesawat yang terlibat dalam insiden sama berjaya mendarat dengan selamat.

Bagaimanapun, setakat ini pihak tentera AS belum mengesahkan dakwaan Iran bahawa pesawat tersebut ditembak jatuh oleh kumpulan bersenjata di wilayah berkenaan.

Insiden itu berlaku ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak susulan konflik antara Iran dengan AS dan Israel yang tercetus sejak beberapa minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN