PETALING JAYA: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan hari ini tampil membuat dua laporan polis berhubung pendedahan maklumat peribadi serta perbankan miliknya yang tular di media sosial selain penyebaran kenyataan tidak benar oleh aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard. Laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Peguam beliau, Aizul Rohan Anuar berkata, laporan polis…










