Saman fitnah Nik Nazmi: Che'Gu Bard cadang selesai luar mahkamah

Saman fitnah Nik Nazmi: Che’Gu Bard cadang selesai luar mahkamah

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktivis Pembela Tanah Air (Peta), Badrul Hisham Shaharin atau Che’Gu Bard telah mengemukakan surat penyelesaian luar mahkamah berkaitan kes saman fitnah oleh bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam beliau, Edmund Choi Sing Eu.

Bagaimanapun, perincian terma dan syarat tidak didedahkan oleh peguam terbabit dan perkembangan kes hanya akan dimaklumkan di mahkamah pada tarikh akan datang.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Gan Techiong menetapkan 6 Mac ini untuk pengurusan kes lanjutan. Pada ketika ini, mahkamah masih mengekalkan 4 hingga 5 Mei untuk perbicaraan kes saman itu.

Tiga tahun lalu, bekas Naib Presiden PKR itu mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan kes rasuah rancangan tebatan banjir (RTB) bernilai lebih RM16 billion seperti didedahkan oleh Che’Gu Bard.

Nik Nazmi berkata, tuduhan yang tidak berasas oleh Che’Gu Bard menunjukkan beliau tidak memahami proses perolehan dan peruntukan belanjawan kerajaan.

Jelasnya, projek RTB kerajaan melalui proses perolehan yang telus melibatkan tatakelola Kementerian Kewangan (MOF) serta mesyuarat Lembaga Perolehan yang beliau sendiri tidak terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN