Kertas siasatan lengkap, SPRM cadang tuduh pegawai tertinggi ATM

Kertas siasatan lengkap, SPRM cadang tuduh pegawai tertinggi ATM

TAN SRI AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan kertas siasatan kes rasuah melibatkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan akan mengemukakan cadangan pertuduhan kepada pihak pendakwaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan berhubung siasatan terhadap beberapa pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melibatkan Op Parasit dan Op Star juga telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya hari ini untuk tujuan penelitian serta arahan lanjut.

“Sebarang maklumat lanjut mengenai perkembangan tersebut akan dimaklumkan kemudian dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 15 Januari lalu, Azam memaklumkan telah mengarahkan pegawai penyiasat untuk mempercepatkan penyediaan kertas siasatan kes berprofil tinggi itu, memandangkan ia mendapat perhatian meluas daripada orang ramai dan media.

Pada 7 Januari lalu, bekas Panglima Tentera Darat bersama bersama dua orang isterinya ditahan SPRM bagi siasatan berkait projek perolehan tender tentera darat. Beliau kemudian dilepaskan daripada tahanan reman pada 12 Januari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×