PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi Malaysia-Turkiye yang diadakan buat julung kali. Mesyuarat itu susulan lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri ke negara berkenaan bermula hari ini. Memetik laporan Bernama, Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal berkata, mesyuarat tersebut akan membincangkan kerjasama strategik pelbagai bidang. Katanya, mesyuarat berkenaan merupakan kemuncak lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turkiye yang diadakan…










