PETALING JAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menahan seorang lelaki warga Bangladesh disyaki menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu ketika cuba berlepas pulang ke Dhaka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Penahanan dibuat kira-kira pukul 4.40 petang di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 2 ketika pemeriksaan rutin dijalankan. Lelaki terbabit dijadualkan berlepas pada pukul 7.25 malam menaiki penerbangan AirAsia. AKPS dalam satu kenyataan berkata, hasil…










