PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, hari ini. Menurut Facebook Sultan Ibrahim, pertemuan antara Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri itu berlangsung kira-kira satu jam.-UTUSAN










