ALOR SETAR: Seorang wanita tempatan ditahan polis kerana disyaki memiliki bunga ganja seberat 1,047 gram dengan nilai mencecah RM33,000 di Jalan Kuala Kedah, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berusia 27 tahun diberkas ketika menunggang motosikal di lokasi terbabit. “Polis membuat rampasan satu paket lutsinar disyaki bunga ganja dengan anggaran berat keseluruhan 1,047 gram. Motosikal ditungganginya ketika tangkapan dibuat turut…










