PETALING JAYA: UMNO Sabah akan memastikan suara rakyat kekal menjadi asas kepada setiap keputusan dan hala tuju politik di samping terus memberi sumbangan secara aktif serta berprinsip dalam kerajaan perpaduan negeri. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Arifin berkata, perbezaan pandangan politik perlu diurus secara berhemah dan berinstitusi tanpa menjejaskan keutamaan utama iaitu tadbir urus baik, pembangunan berterusan dan kebajikan rakyat. “Dalam sistem politik berbilang parti seperti Sabah, kestabilan…










