PETALING JAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempertimbangkan keperluan menyegerakan perolehan aset udara negara termasuk kemungkinan mempercepatkan program perolehan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan (MRCA). Ia berikutan ketidaktentuan berhubung perancangan perolehan pesawat F/A-18 C/D Hornet daripada Tentera Udara Kuwait (KAF). Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, faktor garis masa dan syarat teknikal yang ditetapkan Kuwait bagi perolehan pesawat F/A-18 C/D Hornet itu menjadi pertimbangan utama sama ada…










