Tolak kebencian, semai empati sempena Krismas

Tolak kebencian, semai empati sempena Krismas

Anwar Ibrahim berkata, kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian di semua peringkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat berbilang kaum di negara ini diajak untuk memperkukuhkan tekad menolak kebencian dan menye­mai empati sempena sambutan Hari Krismas yang disambut penganut agama Kristian esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini ke­rana kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan dalam kepelbagai­an di semua peringkat.

Beliau berkata, dalam dunia yang berdepan ketidaktentuan ekonomi, konflik kemanusiaan dan perpecahan sosial, Malaysia memilih jalan perpaduan, dialog dan saling menghormati sebagai asas membina masa depan negara.

“Kerajaan Madani percaya keharmonian tidak lahir secara kebetulan, tetapi dibina melalui dasar yang adil, peluang yang saksama, serta budaya saling memahami dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum.

“Perpaduan yang tulen terzahir apabila setiap warga dihormati, dilindungi dan diberi ruang untuk menyumbang kepada masa depan negara,” katanya dalam perutusan sempena Hari Krismas semalam.

Dalam ucapan sambutan Hari Krismas itu, Perdana Menteri turut mendoakan supaya sambutan itu membawa kedamaian, keharmonian dan kemakmuran kepada Malaysia serta seluruh rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×