TNB percepat salur elektrik di Pusat Penjaja Taman Clonlee

TNB percepat salur bekalan elektrik di Pusat Penjaja Taman Clonlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyegerakan penyediaan bekalan elektrik di Pusat Penjaja Taman Clonlee di Tampin.

Komunikasi Korporat Kumpulan TNB berkata, syarikat itu memahami keperluan dan kebimbangan para penjaja yang terjejas ekoran ketiadaan bekalan elektrik di pusat penjaja itu.

Sehubungan itu, TNB komited untuk terus memberikan bantuan serta sokongan yang sewajarnya bagi memastikan bekalan elektrik dapat disalurkan dengan lancar.

Jelasnya, pihak kontraktor yang dilantik telah mengemukakan permohonan bekalan elektrik pada 28 Oktober lalu manakala kerja-kerja teknikal penyediaan infrastruktur bekalan elektrik untuk penyaluran kepada 11 premis perniagaan berkenaan telah dilaksanakan pada 10 Disember lepas.

Katanya, permohonan pemasangan meter individu direkodkan pada 23 Disember lalu namun terdapat kekurangan dokumentasi semasa permohonan dikemukakan oleh pihak kontraktor.

“Bagi memastikan bekalan elektrik dapat disalurkan dengan segera, TNB mengambil langkah proaktif dengan bersedia menerima permohonan secara manual daripada para peniaga sementara proses dokumentasi dilengkapkan.

“Setakat ini, dua orang peniaga telah mengemukakan permohonan pada 24 Disember serta pemasangan meter elektrik berjaya disiapkan pada 26 Disember.

“Kontraktor kini sedang membantu sedang membantu peniaga yang lain bagi melengkapkan serta mengemukakan permohonan masing-masing bagi membolehkan pemasangan meter elektrik dilaksanakan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 24 Disember lalu, Utusan Malaysia melaporkan peniaga gerai makanan di Taman Clonlee di Tampin mendakwa terjejas sumber pendapatan apabila premis tidak menerima bekalan elektrik sejak lima bulan lalu meskipun semua kerja pendawaian, pemasangan tiang serta kelengkapan kotak meter telah siap sepenuhnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN