Penduduk Seri Perantau kembali nikmati bekalan elektrik

Penduduk Seri Perantau kembali nikmati bekalan elektrik

Seri Perantau
BORHAN Aman Shah menyerahkan bakul makanan di Majlis Penyerahan Siap Kerja Baik Pulih Semula Pendawaian Elektrik dan penyerahan bakul makanan kepada 128 penduduk Blok C Pangsapuri Seri Perantau, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHD. FARHAN DARWIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lebih 600 penduduk di 128 unit rumah dekat Blok C, Pangsapuri Seri Perantau, di sini, hari ini, kembali menikmati bekalan elektrik selepas baik pulih pendawaiannya selesai dilakukan.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, gangguan bekalan didakwa berpunca daripada kerosakan pada sesalur elektrik (DB) di blok berkenaan akibat cubaan curi kabel oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya lihat (kejadian) yang lepas terdapat bilik sesalur elektrik (DB) diceroboh, mangga dikopak, dan disimpan barang peribadi. Kita bimbang mereka curi kabel.

“Ketua blok dan pentadbiran pangsapuri kena kunci (DB), pastikan dikunci dan tiada pencerobohan. Ini semua kabel baru (mengandungi) tembaga dan semua itu ada nilai. Kontraktor juga maklumkan semasa proses pendawaian semula ada cubaan kecurian kabel,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Siap Kerja Baik Pulih Semula Pendawaian Elektrik dan Penyerahan Bakul Makanan kepada penduduk terjejas, hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut juga akan dijalankan terhadap DB di 11 lagi blok pangsapuri berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang, berikutan usia pangsapuri berkenaan sudah lebih 22 tahun.

“Kontraktor beri jaminan setahun terhadap kerja yang sudah dibuat, tapi jaminan dari segi bencana, pecah masuk tidak terletak di bawah tanggungjawab kontraktor.

“Jadi, paling penting tanggungjawab bersama semua penduduk. Kena ambil tahu kemudahan ini, kalau kita tiada rasa tanggungjawab kesannya akan dirasai semua penduduk,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan penduduk pangsapuri tersebut termasuk warga emas, pesakit dialisis antara 600 penduduk yang terjejas rutin harian apabila kediaman mereka terputus bekalan elektrik hampir seminggu.

Kejadian dipercayai berlaku akibat kebakaran berpunca dari litar pintas dalam bilik DB di blok berkenaan pada awal pagi, 7 Disember lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN