SUBANG JAYA: Landskap pengimejan perubatan negara membuka era baharu apabila Pusat Perubatan Sunway (SMC), Bandar Sunway di sini menjadi fasiliti kesihatan pertama di Malaysia memperkenalkan pengimbas CT pengiraan foton. Peralatan generasi baharu itu bukan sekadar menambah kecanggihan dalam dunia diagnostik malah menetapkan penanda aras baharu daripada segi ketepatan, keselamatan radiasi dan keselesaan pesakit. Teknologi tersebut menawarkan resolusi ultra tinggi untuk pelbagai disiplin klinikal, termasuk kardiologi, neurologi, onkologi, muskuloskeletal, pediatrik dan…










