KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Imigresen (Pindaan) 2025 dan RUU Pasport (Pindaan) 2025 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini. Ia dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memaklumkan bacaan kali kedua dan ketiga akan dibuat pada Mesyuarat Dewan Rakyat kali ini. Pindaan terhadap Akta Imigresen 1959 (Akta 155) bertujuan memasukkan peruntukan baharu berhubung penggunaan sistem berautomasi dan kawalan keluar masuk individu ke dalam…









