‘Rundingan sedang berjalan, doakan terbaik’

‘Rundingan sedang berjalan, doakan terbaik’

AZMAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rundingan sedang berjalan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu berkaitan pertikaian 10 lot ladang milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan FGV Holdings Berhad (FGV).

Exco Pertanian Negeri Terengganu, Datuk Dr. Azman Ibrahim berkata, rundingan itu diharapkan dapat berjalan lancar sekali gus dapat menyelesaikan isu berbangkit.

“Rundingan sedang berjalan. Doakan yang terbaik,” kongsinya ringkas menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Terengganu bagi menyelesaikan isu tersebut bagi memastikan masalah dapat diselesaikan dengan baik terutama bagi kepentingan peneroka serta rakyat Terengganu.

Tindakan itu selepas Kerajaan Negeri Terengganu dilapor memasang notis larangan menceroboh tanah di 10 ladang diusahakan Felda seluas kira-kira 15,000 hektar sebagai tindakan undang-undang kerana gagal memberi respons terhadap tuntutan penyelesaian isu tanah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN