PASIR MAS: Usianya baru 16 tahun namun seorang remaja lelaki memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga demi menyara neneknya yang uzur serta dua adiknya yang masih bersekolah sejak awal tahun lalu. Muhammad Izhan Erfandi membuat keputusan itu bagi memastikan nenek dan dua adiknya itu tidak kelaparan selain sewa rumah RM200 sebulan mampu dilunaskan mengikut jadual walaupun kediaman tersebut sudah uzur sehingga terpaksa tidur di ruang tamu. Katanya, dia berhenti sekolah sejak…










