KUALA LUMPUR: Rakaman audio yang mempunyai kaitan dengan insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November lalu disifatkan sebagai salah satu bukti penting dalam siasatan itu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, laporan analisis forensik terhadap rakaman audio yang diserahkan oleh pihak pengadu masih belum diterima daripada CyberSecurity Malaysia (CSM) setakat ini. “Rakaman audio berkenaan telah dihantar untuk dianalisis bagi mengesahkan ketulenan serta mengenal…









