'Pulau Pinang belum terima notis undang-undang daripada Kedah'

‘Pulau Pinang belum terima notis undang-undang daripada Kedah’

CHOW Kon Yeow (kanan) menyerahkan sumbangan kepada seorang pelajar istimewa dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) pada Majlis Pelancaran Kalendar Kita Bersama Petron Pulau Pinang dan JKM Pulau Pinang 2025 di George Town, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pulau Pinang masih belum menerima sebarang notis undang-undang atau petisyen rasmi daripada Kedah berhubung isu tuntutan terhadap negeri itu sebelum ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selain notis atau petisyen, pihaknya juga tidak menerima apa-apa surat atau dokumen rasmi mengenai perkara tersebut.

“Setakat ini, masih tak ada. Kita masih belum terima apa-apa tuntutan daripada Kedah,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kalendar Kita Bersama Petron Pulau Pinang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang 2025 di sini, hari ini.

Isu tuntutan terhadap negeri ini kembali hangat selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mendakwa bahawa Pulau Pinang merupakan wilayah Kedah dan berada dalam status pajakan, minggu lepas.

Muhammad Sanusi turut memaklumkan bahawa Kedah sedang dalam proses melantik pasukan peguam untuk memulakan tindakan undang-undang berkaitan hubungan negeri itu dengan Pulau Pinang, yang menurutnya akan dibuat berdasarkan fakta sejarah dan asas undang-undang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN