PETALING JAYA: Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung penularan rakaman video memaparkan seorang individu memakai tudung sambil meminum minuman keras. Penahanan seorang wanita tempatan masing-masing berusia 22 dan 24 tahun ditahan kira-kira pukul 4.30 petang tadi di Subang Jaya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen…










