PETALING JAYA: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukti lain telah diperoleh polis berkaitan dakwaan ahli perniagaan, Albert Tei diacu pistol ketika serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan masih dijalankan dan setakat hari ini polis sudah merakam keterangan 11 orang. “Mereka yang dirakam itu termasuk pegawai SPRM dan isteri ahli perniagaan terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini. Terdahulu,…










