SEREMBAN: Pertelingkahan antara kumpulan kongsi gelap berkemungkinan menjadi punca kejadian tembak-menembak di Jalan Rasah di sini pada Rabu lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian yang menyebabkan kematian seorang lelaki itu juga adalah bermotifkan membalas dendam. Katanya, pihak polis kini sedang mengesan beberapa orang lagi suspek selepas tiga lelaki tempatan berjaya ditahan kelmarin. Polis juga berjaya merampas sepucuk pistol bersama beberapa butir peluru. “Motif kejadian yang kita…









