KUALA LUMPUR: Perkhidmatan 20 kenderaan berperisai Lipan Bara Tentera Darat Malaysia (TDM) keluaran Chaiseri masih diteruskan untuk latihan dan operasi. Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, 14 kenderaan ditempatkan di Kota Belud, Sabah manakala enam lagi berada di Pusat Latihan Armor (Pulamor) di Port Dickson, Negeri Sembilan. “Semua kenderaan masih beroperasi dan terus menyokong keperluan operasi semasa,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian…










