Penyokong termasuk Wanita UMNO hadir beri sokongan kepada ‘Bossku’

Penyokong termasuk Wanita UMNO hadir beri sokongan kepada ‘Bossku’

ANTARA penyokong Najib Razak yang hadir memberi sokongan ketika mendengar keputusan akhir pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion di Mahkamah Putrajaya. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Puluhan penyokong dari serata negeri termasuk ahli Wanita UMNO berkumpul sejak awal pagi di Istana Kehakiman di sini hari ini bagi memberikan sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Salah seorang penyokong tegar, Radhiah M. Rashid, 67, dari Rawang, Selangor berkata, beberapa ahli Wanita UMNO dari Perak, Kuala Lumpur, Selangor serta Pahang turut hadir bagi menyatakan sokongan mereka kepada bekas ahli Parlimen Pekan itu.

“Bukan setakat saya sahaja, tetapi juga harapan penyokong‑penyokong ‘Bossku’ di seluruh Malaysia. Harapan kami, Datuk Seri mesti mendapat kebebasan dan mendapat kebebasan kerana kes 1MDB ini sudah berjalan begitu lama.

“Harapan kami pada hari ini agar beliau mendapat keputusan yang adil dan dibebaskan. Terima kasih kepada yang hadir dan terus menyokong ‘Bossku’ tanpa putus asa,” katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Istana Kehakiman di sini hari ini.

Terdahulu, ketibaan Najib disambut dengan sorakan lebih 50 penyokong di luar pekarangan mahkamah yang menunggu sejak awal pagi.

Bagaimanapun, kumpulan penyokong berkenaan tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan mahkamah yang dikawal ketat oleh kakitangan keselamatan.

Najib dilihat tiba di mahkamah pada pukul 8.25 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi keputusan empat kes rasuah dan 21 pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Turut dilihat hadir, anak sulung Najib, Datuk Mohammad Nizar Najib; bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN