JEMPOL: Seorang pengarah syarikat kerugian lebih RM300,000 selepas ditipu oleh dua lelaki menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan bagi menawarkan tender pembekalan 80 unit generator yang tidak wujud. Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Norhisham Mustapar berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.40 petang, 3 Disember lalu daripada mangsa yang berusia 45 tahun. Katanya, kejadian bermula pada 6 November lalu ketika mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki…










