PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengembalikan kitaran kalender akademik persekolahan kepada Januari hingga Disember bermula sesi 2026 tanpa menjejaskan pengoperasian institusi pendidikan di seluruh negara. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, langkah itu merupakan pelaksanaan komitmen yang diumumkan pada Mei 2023 untuk memulihkan kitaran akademik sekolah seperti sebelum pandemik COVID-19. Katanya, usaha itu dilaksanakan secara terancang dan berfasa sejak sesi 2023/2024 dengan memastikan bilangan hari persekolahan minimum 190…










