Pendaftaran Tahun 1 2027 dibuka 15 Februari

Pendaftaran Tahun 1 2027 dibuka 15 Februari

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac ini melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, pendaftaran terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia dalam kohort enam tahun (5+) dan tujuh tahun (6+). 

Bagi kohort enam tahun, tarikh lahir yang layak adalah antara 2 Januari hingga 31 Disember 2021 manakala kohort tujuh tahun melibatkan kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini selaras dengan keputusan kerajaan yang membuka peluang kepada kanak-kanak berusia enam tahun (5+) memasuki Tahun 1 bermula pada 2027 secara sukarela dan tanpa perlu menduduki ujian saringan,” katanya. 

Sehubungan itu, ibu bapa perlu mendaftar akaun di Sistem Pengurusan Identiti (idMe), mengemas kini maklumat peribadi serta mengemukakan permohonan melalui MOEIS di https://idme.moe.gov.my dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.

Katanya, maklumat lanjut berkaitan perkara tersebut boleh dirujuk menerusi portal rasmi kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini