PETALING JAYA: Pemergian bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Allahyarham merupakan tokoh agama dihormati yang banyak berjasa, selain dikenali sebagai imam besar yang paling lama berkhidmat di Masjid Negara. Katanya, Allahyarham juga seorang pendidik, mursyid serta tokoh al-Quran yang mencurahkan ilmunya tanpa jemu, malah khidmat…










