Bangkok Move: Ahmad Zahid akui bertemu Hamzah tahun lepas

Bangkok Move: Ahmad Zahid akui bertemu Hamzah tahun lepas

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui ada bertemu dengan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada tahun lepas.

Mengesahkan perkara itu, Ahmad Zahid berkata, perjumpaan itu sudah lama diadakan bukan dalam masa terdekat ini.

“Baru-baru ini tak ada, tapi lama dulu ada. Pada tahun lepas,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita sebaik saja selesai mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Felda, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak berkongsikan intipati perbincangan dan lokasi ia diadakan.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa terdapat pertemuan antara Hamzah dan Ahmad Zahid yang dikaitkan dengan ‘Bangkok Move’ sebagai antara punca Ahli Parlimen Larut itu dipecat oleh parti.

Pertemuan secara senyap tanpa kebenaran parti itu antara punca utama Hamzah dipecat oleh Lembaga Disiplin, Januari lalu.

Bagaimanapun, Hamzah menafikan tindakannya bertemu dengan pemimpin politik termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mengkhianati parti kerana ia bukannya sau kesalahan.

“Kalau saya jumpa Perdana Menteri (PM), apakah saya jadi pengkhianat? Jumpa PM bukan satu kesalahan. Saya hanya mahu meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara serta memastikan perpaduan orang Melayu terus diperkukuhkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN