PETALING JAYA: Kerajaan digesa mempertimbangkan untuk menyediakan rawatan kesihatan mental kepada semua golongan dengan memastikan kemudahan tersebut tersedia di setiap pusat rawatan kerajaan. Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkhidmatan itu tidak seharusnya tertumpu di hospital awam semata-mata, sebaliknya boleh diakses di klinik-klinik kesihatan sama ada di bandar, luar bandar atau kawasan yang memerlukan. “Masyarakat perlu diberitahu tentang apa itu permasalahan yang boleh menyebabkan berlakunya…










