SELAYANG: Operasi besar-besaran telah dijalankan di kawasan ‘hotspot’ pendatang asing tanpa izin (PATI) di Selayang semalam, menyaksikan 843 individu disyaki PATI termasuk 35 wanita ditahan. Operasi bermula pukul 8 malam itu diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor yang diketuai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta…










