Nenek maut ditikam cucu, moyang parah ditetak

Nenek maut ditikam cucu, moyang parah ditetak

ANGGOTA forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian tikam dan tetak di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil di Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang wanita warga emas maut dipercayai ditikam cucu lelakinya dalam kejadian di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.44 petang itu, ibu wanita itu yang juga moyang suspek parah disyaki akibat ditetak di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Ricard Joe berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian terbabit membabitkan dua mangsa berumur 60-an dan 80-an.

“Mangsa yang meninggal dunia berumur 60-an mempunyai kesan tikaman di bahagian belakang badan, manakala mangsa yang parah berumur 80-an.

“Mangsa yang meninggal dunia dihantar untuk bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), sementara mangsa yang cedera dirawat di Hospital Kulim,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

Kata Brandon, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 kanun sama kerana cubaan membunuh.

“Kita masih meneruskan siasatan lanjut termasuk motif kejadian dan suspek telah ditahan dan dalam proses permohonan reman di Mahkamah Baling hari ini,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN