KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Muhammad Azmir Azizan merangkap Exco kanan kerajaan negeri antara nama disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar dari Pas bagi menggantikan Mohd. Shukri Ramli. Muhammad Azmir dikatakan antara calon terkuat dari Pas dan mendapat dukungan Pas pusat sebagai calon Menteri Besar yang dipersembahkan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Difahamkan, Pas menghantar nama Muhammad Azmir dan Asrul Aimran Abd. Jalil dari Kayang sebagai calon…










