RAUB: Tragedi pembunuhan kejam oleh Mona Fandey bukan sekadar kisah jenayah ngeri dan menyayat hati, tetapi turut menjadi simbol pertembungan antara mistik, politik dan hiburan yang menggegarkan negara lebih tiga dekad lalu. Mona Fandey atau nama sebenarnya Maznah Ismail bersama suami, Mohd. Affandi Abdul Rahman dan pembantu pasangan itu, Juraimi Husin dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Mohd. Mazlan Idris…










