SHAH ALAM: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari ini. Malah, Ketua Pembangkang Selangor itu turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa pada tarikh sama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu berkata, beliau sebelum ini dilantik oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut meletakkan jawatan…










