Muhyiddin disaran rujuk Majlis Tertinggi PN untuk letak jawatan

Muhyiddin disaran rujuk Majlis Tertinggi PN untuk letak jawatan

Muhyiddin
MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin disarankanmerujuk kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) berhubung keputusan meletakkan jawatan sebagai pengerusi parti gabungan itu.

Pemuda PN dalam kenyataan bersama berkata, keputusan yang dibuat atas nama PN bukan hak mutlak bagi mana-mana parti komponen secara unilateral.

Menurutnya, keputusan atas nama PN mestilah dirujuk, dibincang dan diputuskan dalam majlis tertinggi PN, selaras dengan Fasal 13 Perlembagaan PN.

“Biarpun semua parti komponen boleh menyatakan pandangan, namun pendirian Perikatan Nasional harus diputuskan secara konsensus bersama semua parti-parti komponen.

“Pemuda Perikatan Nasional menggesa kepimpinan di semua peringkat untuk mengamalkan politik hikmah, bijaksana serta memelihara adab dan etika gabungan bagi merealisasikan agenda lebih besar demi kesejahteraan rakyat dan masa depan Malaysia,” katanya.

Kenyataan itu dibuat secara bersama antara Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda(Armada), Hilman Idham, Ketua Pemuda Nasional Gerakan, Lee Boon Shian dan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti India Rakyat Malaysia (MIPP), Justin Prabakaran.

Malah, kepemimpinan di semua peringkat juga digesa mengamalkan politik hikmah, bijaksana serta memelihara adab dan etika gabungan bagi merealisasikan agenda lebih besar demi kesejahteraan rakyat dan masa depan Malaysia.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN bermula 1 Januari.

Muhyiddin berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberikan sepenuh sokongan kepada beliau selama memimpin gabungan itu sejak penubuhannya lima tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN