PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) terus memperkukuh sistem amaran awal cuaca ekstrem negara menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan maklumat lebih tepat, pantas dan berkesan disampaikan kepada agensi berkaitan serta orang awam. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, rekod purata ketepatan ramalan cuaca bulanan sekitar 80 peratus dengan tahap ketepatan lebih tinggi dicapai ketika Monsun Timur Laut (MTL). Menurutnya, sistem amaran…










