PETALING JAYA : Tangisan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul oleh anak pengasuh sehingga mengakibatkan lebam di mata kiri, dalam kejadian di sebuah rumah di Batu Muda, Selasa lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek bertindak agresif selepas terganggu oleh tangisan kanak-kanak ketika sedang berehat. Suspek, seorang remaja berusia 18 tahun yang juga anak pengasuh terbabit, telah ditahan semalam dan direman empat…










