Mas kahwin berupa bunga emas kejutan buat Erra Fazira - Ezuwan Zain - Utusan Malaysia

Mas kahwin berupa bunga emas kejutan buat Erra Fazira – Ezuwan Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SHAH ALAM: Suami kepada primadona filem Melayu, Erra Fazira, iaitu Ezwan Zain, mendedahkan bahawa bunga emas yang dijadikan mas kahwin pada majlis pernikahan mereka merupakan kejutan istimewa buat isterinya.

Menurut Ezwan, Erra hanya dimaklumkan mengenai penggunaan dinar emas sebagai mas kahwin, namun tidak mengetahui bahawa ia akan digubah menjadi bunga yang mengandungi 24 keping dinar emas.

“Banyak kejutan yang saya sediakan untuk Erra hari ini, antaranya mas kahwin berbentuk bunga emas.

“Sebelum ini dia tahu tentang dinar emas, tetapi tidak menyangka akan menerima sebanyak 24 keping.

“Tiada simbolik nombor 24 itu, cuma saya mahu mencukupkan berat 100 gram,” katanya.

Sementara itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, mendedahkan bahawa suaminya memainkan peranan besar dalam merancang keseluruhan majlis perkahwinan mereka.

“Kalau perkahwinan sebelum ini saya yang banyak uruskan, tetapi kali ini boleh dikatakan 95 peratus urusan dikendalikan oleh Ezwan,” ujarnya.

Mengulas mengenai perancangan bulan madu, Erra berkata mereka terpaksa menangguhkan dahulu perjalanan tersebut sehingga selepas Aidilfitri berikutan komitmennya terhadap penggambaran dan sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung pada Februari nanti.

Terdahulu, Erra selamat bergelar isteri kepada Ezwan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Kampung Melayu Subang tepat jam 9.19 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN